...:SATU HATI:...

MY FROFIL

Sabtu, 13 Februari 2010

RAHSIA DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA..


Kayu Kokka adalah daripada jenis kayu bahtera Nabi Nuh A.S iaitu tongkat Nabi Musa A.S.


Setiap ciptaan Allah S.W.T mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada satu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah S.W.T memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNYA, manusia mamfu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah S.W.T lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.


Sepertimana kita sedia maklum, Platinum,Emas dan Perak merupakan antara bahan logam yang paling berharga. Platium merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membena pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihan yang tersendiri . Namun dalam kebanyakan logam , besi berani atau magnet adalah logam yang paling aneh dan unik.

Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh kulit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat nabi Musa AS,dan Nabi Syuib AS sendiri diperbuat daripada kayu Kokka.


Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. Yakin dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. Percaya dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.



Kayu Kokka yang terdapat pada pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar , penyembuh dan pelindung . Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa . Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak " First Aid" sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.

Kayu Kokka yang paling baik mutunya berasal dari negara Turki. Terdapat juga dari negara-negara lain seperti Nigeria ,Iran dan Mesir. Untuk mengenal ciri-ciri kayu Kokka dan melihat gambar Tasbih Kokka dalam warna sila lawati;

Di antara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya adalah seperti berikut:

1) Rumah yang memilikinya : aman dari ancaman dan gangguan jenis makhluk,InsyaAllah.

2) Anak menangis tidak dapat tidur : letak dibawah bantal atau rendam ke dalam air lalu diberi minum , InsyaAllah lega.

3) Sakit gigi : rendam sebahagiannya kedalam air suam , kemudian berkumur dengannya dan minum, InsyaAllah sembuh.

4) Sakit kepala, sakit urat atau otot : gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit , InsyaAllah lega.

5) Demam, sakit kuning ,kerongkong ,tongsil,guam, dan ruam: rendam air , beri minum , atau titiskan ke mulut. InsyaAllah sembuh.

6)Ibu dalam pantang: bawa bersama semasa tidur , rendam ke dalam air suam dan minum.InsyaAllah aman dan sembuh segera.

7) Termakan santau atau terkena racun, batu karang ,rendamkan ke dalam air dan beri minum.InsyaAllah sembuh.

8) Sekiranya di pakai pada tubuh badan .InsyaAllah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.

9) Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa , InsyaAllah akan hilang segala bisanya.

10) Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, InsyaAllah akan tenang dan aman.

11) Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, InsyaAllah mereka tidak akan terdaya.

12)Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran , pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang. Lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur pemakainya beroleh kemenagan ,Alhamdulillah.

13)Dalam keadaan yang amat terdesak , logam panas yang pantas kilat lagi bahaya ,InsyaAllah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

Akan bertambah lagi khasiatnya jika di gunakan sebagai tasbih untuk berzikir.Sesungguhnya Allah S.W.T jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah S.W.T dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri. Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama , Keluarga , Bangsa dan Negara .InsyaAllah.

1 ulasan:

  1. Ulasan mengenai bahaya syirik kayu kokka di sini
    lengkap dengan penerangan dari Ustaz Zaharuddin dan akhbar-akhbar tempatan.

    http://asrul85.multiply.com/journal/item/47

    BalasPadam