...:SATU HATI:...

MY FROFIL

Rabu, 23 Disember 2009

STRATEGI MENUJU KEJAYAAN YANG CEMERLANG

Tiada insan didunia ini yang menyusun atur rentak kehidupan mereka dengan kepincangan dan kegagalan. Masing-masing mempunyai niat dan impian menggunung tinggi dengan tekad dan tujuan yang satu untuk memiliki kejayaan cemerlang.Walaupun di sudut mana pun di bidang mana pun kejayaan pasti menjadi matlamat utama.


Menghasilkan satu pencapaian yang membanggakan di dalam kehidupan khusus-nya dalam menghadapi peperiksaan memerlukan fizikal dan mental yang kuat dan sihat . Dengan kejayaan yang di perolehi membuktikan seseorang individu mampu merencanakan kehidupan mereka dengan tersusun. Pastinya kejayaan yang digapai memberikan satu kebahagiaan. Tetapi apa yang perlu diingati dan diinsaf sentiasa, dua factor besar yang tidak mungkin dipisahkan. Kekuatan iman dan taqwa itu sendiri.



- 1 - Kebiasaan individu yang maju kehadapan bergelar pelajar cemerlang sesekali terdetik di sanubari mereka perasaan ego dan meninggi diri. Tabiaat ini perlu dikikis sama sekali.Ketaqwaan dan keimanan amat dititik beratkan agar dengan wujudnya perasaan ini menimbulkan kesedaran untuk lebih maju
kehadapan. Seterusnya kesyukuran terhadap Ilahi perlu didahului dari yang lain. Bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t.

Di dalam bertekad mencapai kecemerlangan ,tiga sifat utama tidak boleh dipisahkan. Pemikiran,perasaan,dan tindakkan perlulah seiring bahu dan bersepadu. Akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t merupakan penasihat kepada perasaan dan hati dalam menggerakkan agenda kehidupan. Perasaan sanubari pula dari tubuh badan. Di mana anggota menjadi empayar melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Andai di awal perancangan langkah yang diatur tercalit sedikit kepincangan pastinya empayar ynag akan digerakkan oleh anggota tubuh badan menemui kehancuran lalu musnah. Atas dasar inilah tiga sifat tersebut perlu disusun dengan terperinci digabung jalin menjadi matlamat yang satu dengan tugas –tugas yang sepadu.


Nafsu selalunya membuat kan seseorang individu menemui kegagalan . Nafsu sentiasa menggerakkan gerak kerja yang salah. Mereka akan lalai , leka dan berseronok . Maka janganlah kita membiarkan diri dikuasai oleh nafsu. Keseronokan ynag didambakan oleh nafsu itu biasanya melalaikan dan menuntut diri ke lembah kehancuran.Sekiranya kesedaran lambat disedari , kemungkinan , kehancuran dan kekesalan yang mendalam akan dirasai di kemudian hari. Pepatah Melayu ada menyatakan ‘’sesal dahulu pendapatan sesal kemudiantiada gunanya ‘’ .
Setelah wujudnya tiga sifat ini, maka tiga faktor penting pula perlu diambil kira.


1- Membentuk motivasi tinggi.


Motivasi merupakan penggurus kepada kemahiran dan ketinggian untuk
mencpai sesuatu sekurang-kurangnya untuk mengelakkan diri dari kegagalan . Seseorang yang mempunyai motivasi bererti ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali.


Manusia memerlukan dorongan dari dalam dirinya sendiri . Bagi pelajar yang pelajar yang bermotivasi telah tersedia ada dalam dirinya sendiri. Bagi pelajar yang bermotivasi telah tersedia ada dalam dirinya kenyakinan, kekuatan dan penggerak yang sentiasa menggerakkan dirinya untuk terus Berjaya. Motivasi boleh diumpamakan seperti nyalaan api hangus kemalasan diri.

- 2 - Mereka yang bermotivasi memiliki keceriaan dan keriangan di wajahnya. Seolah-olah di sebalik senyuman yang terukir tiada langsung kedukaan yang singgah di hatinya. Malahan mereka sentiasa bersemangat dan berkeyakinan tinggi dalam apa jua bentuk kerja yang di berikan kepada mereka. Untuk memasatikan diri sentiasa bermotivasi, kegunaan minda bertugas memberi arahan kepada anggota tubuh badan agar berjaga dengan cergas, tekun, bersungguh-sungguh dan tabah.


2- Tanamkan keyakinan diri.


Sebelum memperolehi sesuatu kejayaan, pusatkan matlamat untuk cemerlang.
Fizikal dan mental yang sihat perlulah mempunyai fikiran yang positif terhadap segala usaha yang dilaksanakan. Mereka yang selalu menumpukan perhatian terhadap nilai-nilai negative dirinya sendiri boleh mengakibatkan kesan yang buruk sehingga sampai satu tahap mereka akan gerun dan takut di atas segala usaha yang di laksanakan.

Walaupun persekitaran kita dikelilingi dan dipenuhi dengan berbagai-bagai pancaroba dan rintangan namun fikiran yang positif amatlah diutamakan. Kegagalan kali pertama contohnya, memberikan semangat yang lebih mendalam . Kegagalan yang mereka rasakan hanyalah sebagai satu dorongan untuk memperbaiki mutu persembahan yang akan datang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, ‘’Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidak disakiti untuk kedua kalinya .’’ Hadith ini mempunyai maksud tersirat yang terlalu luas kefahamannya. Seseorang itu hendaklah berhati-hati sentiasa dan berwaspada terhadap setiap urusan ataupun pekerjaan yang dilakukannya supaya ia tidak akan berulang lagi.


3- Pendekatan yang positif.


Dalam pembentukan sifat positif ini sangka baik merupakan asas utama. Sentiasalah mempunyai sangka baik terhadap diri sendiri. Allah SWT telah menjadikan seseorang insan lengkap dengan keperluan asas untuk berjaya . Janganlah sesekali menghalang diri untuk berjaya. Sekiranya kita sendiri tidak yakin kepada kebolehan sendiri, janganlah mengharapkan orang lain boleh menyakinkan kita. Ini petua asas yang dipegang oleh insan yang benar-benar ingin berjaya. Kenyakinan pada diri sendiri dapat di bentuk agar persediaan yang cukup dan yakin kepada janji Allah .

- 3 - Usaha yang telah di gerapkan keputusannya dari Allah SWT jua. Tawakal tanpa usaha adalah sia-sia. Solat hajat dan juga doa perlu diperingatkan dan ia merupakan senjata orang-orang mukmin. Semoga segala apa yang dicita-citakan akan tercapai. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menolong para hambanya yang memanjatkan doa kepadaNya .

Kesimpulannya , setelah segala persiapan menghadapi peperiksaan berjalan lancar, pentingnya pula sifat tawakal .