...:SATU HATI:...

MY FROFIL

Selasa, 23 Mac 2010



Cinta ...

Bercintalah kerana cinta itu tiada salahnya. Tetapi, bercintalah dengan setulus dan seikhlasnya. Tulus dan ikhlas cinta itu adalah anugerah daripada keredhaanNYA.

Ya Rabbul Izzati

Ya Rabb,


telah Kau janjikan sejak azali,


janji yang terpatri,


utuh di kamar hati,


mendamba insan sejati,


pembimbing soleh peneman diri…



Ya Allah,


dalam hijab kasihMu,


aku mengintai rahmat yang mekar,


menjeling sirna rindu yang amat,


memohon pada doa yang keramat..



Ya Rahman,


Yang Kau janjikan hanya satu,


hambaMu yang terlalu menyintaiMu,


hambaMu yang merindui syahidMu,



Ya Allah,


Aku ingin mejadi isteri solehah,


Aku ingin menjadi yang terbaik untuk suamiku,



Ya Allah,


Janganlah Engkau sisihkan aku,


Daripada rahmat dan inayahMu,



Ya Allah,


Hidupkan aku dalam keberkatan,


sucikan aku dalam kerahmatan,


Moga iman itu dapat kusuburkan,


Isnin, 22 Mac 2010

Adobe Photoshop..

Comel ye...baby siapa ni...????...

Ini la Muhammad Fawwaz El-Afif anak kepada Muhammad Fairuz bin Tamjis dan isteri ye Maria bte Bakri. Wardan bagi imarah johor Iskandariah dan Penasihat BKPJM wakil untuk pelajar johor di Iskandariah. Jutaan syukran khathiran di ucapkan di atas bimbingan dan kerjasama yang di berikan melalui lafaz kalimah-kalimah yang di tuturkan untuk santapan motivasi minda rohani dan jasmani..Moga ukhuwah fillah akan terus bersemadi di hati dan di ingatan selamanya..jugak buat fawwaz yang menjadi penyeri dalam tangisan dan senyuman di bumi ardukinanah Iskandaria ,Egypt..hehe..

Jumaat, 19 Mac 2010

PERLANTIKAN YANG BARU...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Berita terkini melalui saluran AL JAZEERA pada hari jumaat,19 Mac 2010 adalah tarikh yang penuh bermakna di Mesir.Ini adalah kerana,di Sinai, sambutan ulangtahun ke 21 kembalinya TABA,ke pangkuan Mesir setelah di jajah oleh Israel.

Tanggal 19 Mac 1989,Presiden Husni Mubarak,menaikkan bendera Mesir di tanah TABA,sebagai lambang kembalinya TABA ke peta Mesir.

Taba adalah merupakan tanah jajahan Israel yang terakhir diserahkan semula kepada Mesir.

Pemimpin arab,memang suka membuat sesuatu keputusan penting pada hari yang penting seperti hari kemerdekaan,hari raya,awal ramadhan dan lain-lain.

Sempena ulangtahun hari bersejarah ini,Presiden Husni Mubarak melantik PROF DR AHMAD TAYYIB,Presiden Al Azhar,sebagai SYEIKHUL AZHAR yang baru menggantikan Al Marhum Dr Tantawi.Prof Dr Ahmad Tayyib adalah syeikhul Azhar yang ke 43 dalam sejarah Al Azhar.

Bagaimana perlantikan seorang syeikhul Al Azhar?

Sebelum tahun 1961,Syeikhul Azhar dipilih melalui undian dikalangan ahli Akademi Kajian Islam Al Azhar,mesir (Majmak Bu'uth El Islami,Al Azhar).

Namun,setelah Raja Farok dijatuhkan pada tahun 1952,kerajaan revolusi tentera Mesir mula campur tangan secara meluas ke atas AL AZHAR.

Harta wakaf Al Azhar dimilik negarakan.Kekayaan Al azhar saat itu telah mula menjadi harta kerajaan dan bukannya milik penuh Al Azhar seperti sebelumnya.

Ianya juga menandakan Mesir mula menggunakan sistem sosialis.

Pada tahun 1961,Mesir diperintah oleh Gamal Abdul Nasir,seorang presiden yang berpengaruh, namun, ditangannya, Syed Qutb, seorang ulama Mesir digantung sampai mati walaupun mendapat bantahan keras dari Raja Arab Saudi.

Gamal yang berpemikiran sosialis itu melihat pengaruh AL AZHAR sebagai sesuatu yang mesti dikawal.

Oleh yang demikian,sebuah undang-undang digubal dengan perkara 5,akta bernombor 103 tahun 1961 menyebutkan bahawa Syeikhul Azhar dilantik oleh Presiden Rebublik.

Sejak 1961, jawatan Syeikhul Azhar tidak lagi dipertandingkan bahkan dilantik oleh Presiden Republik.

Oleh yang demikian,saya amat berharap,agar para mahasiswa tidak mengikut rentak berita-berita liar yang menyatakan bahawa pemilihan Syeikhul Azhar dibuat secara tidak sah dan kerana pengaruh politik tertentu.

Ulama Al Azhar cukup sederhana.Siapa pun mereka,apa pun fatwa mereka,latar belakang mereka meyakinkan kita atas apa yang diperkatakan.Hafal Al Quran,memahami nas-nas syarak,mengenali para sabahat R.A sementara kita orang melayu,sejauh manakah kita hebatnya?

Sealim mana pun orang melayu,tidak sama dengan alimnya syeikhul Al Azhar.Saya yakin, syeikhul Azhar yang baru tidak kurang hebatnya dalam lapangan ilmu.Al Azhar akan sentiasa menjadi benteng pertahan umat Islam dan kiblat ilmu umat Islam. Waallahua'lam.

Khamis, 11 Mac 2010

ULAMA AL-AZHAR MESIR

SHEIKHUL AZHAR MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG DI RIYADH, ARAB SAUDI

Semoga Allah merahmati mu..

Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham di sana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehinggabeliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.

Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya.

El Imam El Akbar,Prof Dr Muhammad Said Tantawi adalah merupakan syeikh Al Azhar yang telah berkhidmat kepada dunia Islam.Kehilangan beliau satu musibah dan kerugian bagi umat Islam.

Dilahirkan di Kampung sulaim Asy Syarqiah,daerah Tama dalam negeri (govenerate) Suhaj pada 28 Oktober tahun 1928.Tahun kelahiran beliau sama dengan tahun kelahiran presiden Mesir sekarang, Presiden Husni Mubarak.

Mula mendapat pendidikan di peringkat rendah di kampungnya,menghafal Al Quran dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Tinggi Agama Al Iskandariah pada tahun 1944.

Setelah menamatkan pengajiannya di peringkat menengah,beliau menyambung pengajian di peringkat Universiti di fakulti Usuluddin,Universiti Al Azhar dan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1958.

Setelah itu,beliau berjaya memperoleh Sijil IKTISAS dalam bidang pendidikan pada tahun 1959.

Pada 5 September 1966,beliau berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang tafsir dan hadis dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Dengan kelayakan yang dimiliki,beliau dilantik sebagai pensyarah di fakulti usuluddin, Universiti Al Azhar pada tahun 1968.

Dengan Kepakaran yang dimiliki, telah menyebabkan beliau dipinjam oleh LIBYA selama empat tahun di Universiti Islam Libya antara tahun 1972 hingga 1976.

Pada tahun 1976,beliau kembali ke Mesir dan dilantik sebagai dekan fakulti usuluddin Universiti Al Azhar Kampus ASYUT,Mesir.

Sekali lagi beliau dipinjamkan dari Al Azhar ke Universiti Islam Madinah Al Munawwarah sebagai Dekan Pengajian Tinggi dari tahun 1980 hingga 1984.

Bagai sirih pulang ke gagang,beliau kembali ke Mesir pada tahun 1985 dan ditugaskan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab,(Dirasat El Islamiah wal arabiah) kampus lelaki,Universiti Al Azhar selama setahun.

Kepakaran dan keilmuan beliau terserlah hingga dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai Mufti Negara Mesir pada 28 Oktober 1986,dalam usia genap 58 tahun.

Tanggal 28 Mac 1996,setelah hampir sepuluh tahun memegang jawatan mufti Mesir,beliau dilantik sebagai Syeikhul Azhar,jawatan tertinggi dalam institusi agama Islam di Mesir yang sama tarafnya dengan Perdana Menteri Mesir.

Setelah hampir empat belas tahun bergelar Syeikhul Azhar yang berkhidmat bukan sahaja untuk Mesir bahkan dunia Islam seluruhnya,beliau meninggalkan dunia yang fana ketika umur 82 tahun pada tepat jam 8 pagi,10 Mac 2010 sebelum memasuki kabin Kapal Terbang untuk pulang dari Riyadh,Arab Saudi ke Mesir.Pakar perubatan Arab Saudi mengesahkan beliau meninggal dunia kerana lemah jantung.

Beliau meninggalkan tiga orang anak,dua orang lelaki dan seorang perempuan,Yang Arif Mustasyar Amru Tantawi,seorang ketua hakim mahkamah,Ahmad Tantawi,seorang pegawai di salah sebuah syarikat petroleum dan Dr Thanak,seorang doktor perubatan.

Jenazah Al Marhum diterbangkan dari Riyadh,ibu negara Arab Saudi ke Madinah Al Munawwarah,menaiki pesawat diraja dan diiringi oleh keluarga Al Marhum.

Anak lelaki beliau,Yang Arif,Mustasyar Amru Tantawi sendiri mengimamkan solat jenazah ayahanda beliau di Masjid Nabawi,Madinah Al Muanawwarah yang juga turut di hadiri oleh Alim ulama, Menteri pertahanan Mesir dan kerabat diraja Arab Saudi.

AL MARHUM Syeikh El Imam El Akbar,Prof Dr Said Muhammad Tantawi dimuliakan oleh Allah S.W.T dengan disemadikan berhampiran jasad Rasulullah S.A.W dan disamping para Sahabat R.A di perkuburan Baqi'.Majlis pemakaman ulama tersohor ini dilakukan setelah waktu isyak pada hari yang sama.

Pemergian beliau adalah musibah bagi umat Islam dan lebih bertambah musibah apabila akan turut disusuli oleh ulama lain selepas ini.Sesungguhnya,ilmu itu tidak ditarik dengan terangkatnya ilmu tersebut,akan tetapi hilangnya ilmu dengan perginya ulama dari dunia yang fana.

Semoga Allah merahmati jenazah Al Marhum dan ditempatkan bersama para anbia' , para rasul, orang-orang yang soleh dan pada syuhada' sesuai dengan jasanya yang memepertahankan Islam dan mengetuai benteng utama umat Islam,Al Azhar Al Syarif.

Al Fatihah...

Sumber lain:

Islamonline.com

Isnin, 8 Mac 2010

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH SWT


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istighfar memiliki dua makna.

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.

Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Karena itu tidak heran hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Karena itu Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga."

Kemudian dalam Al Qur'an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman, "Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (QS. Nuh:10-12)

Beristighfarlah kita kepada Allah, niscaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi kebutuhan kita. Karena itulah Rasulullah SAW, beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadits lain 100 kali. Padahal dia ma'sum, dijamin masuk surga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa.

Astagfirullahal 'adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami.... betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu.

Isnin, 1 Mac 2010

Mutiara Kisah...

(Gadis Cantik dan Sepotong Roti)

Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT.”

Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya.

Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia seorang gadis yang cantik jelita.

Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pada malam hari. Puteri itu mengeluarkan tangannya sebelah kiri untuk makan bersama suaminya.

Melihat itu suaminya berkata, “Sungguh aku memang sering mendengar bahawa orang fakir adalah kurang pendidikan. Keluarkanlah tangan kananmu.”

Puteri itu tetap mengeluarkan tangan kirinya dan berkali-kali suaminya melarangnya. Terdengar satu suara dari sudut pintu, “Keluarkan tanganmu sebelah kanan, hai perempuan hamba Allah. Benar-benar engkau telah memberikan roti itu kepada Allah. Tentu Allah akan memberikan tanganmu kepada dirimu.”

Maka dikeluarkannya tangan kanannya dalam keadaan utuh berkat kekuasaan Allah SWT dan makanlah dia bersama suaminya.