...:SATU HATI:...

MY FROFIL

Khamis, 12 Ogos 2010

Hikmah Ramadhan

Tiba-tiba seorang anak bertanya kepada ibunya. “Ibu, kenapa aek kita berpuasa?”. Ibunya menjawab dengan sangat bijaksana,”Berpuase adalah untuk menunjukkan kepada Allah s.w.t bahawa kita adalah hambaNya yang bertaqwa”.

“Wahai orang-orang yang beriman bahawa diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa “ ( Surah Al-Baqarah : 183 )

Ya, itulah intipati dari berpuasa yang menjadikan hambanya bertaqwa kepada Allah s.w.t. Perkara tersebut ada kesannya iaitu disebalik berpuasa akan mendapat menguatkan lagi tubuh badan yang sihat,dapat mengenal erti kesabaran dan kesyukuran, lebih bersemangat untuk beribadah jugak dapat menahan nafsu dari segala larangannya di bulan Ramadhan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.

Walau bagaimanapun,manusia kadang-kadang lupa @ sengaja lupa untuk beribadah kepada Allah s.w.t. oleh kerana itu,Allah menciptakan syurga dan neraka dan membezakan diantara mendapat pahala dan mendapat dosa. Kerena pada dasarnya manusia itu 'alpa'.. hehehe.. Jadi, apakah hikmah di bulan Ramadhan?

1. Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
2. Pada bulan ini semua Setan-Setan dibelenggu.
3. Dalam bulan ini ada satu malam yang lebih bermakna beramal dan lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan yang lain, iaitu malam LAILATUL QADAR.
4. Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru dan menasihati sesiapa yang berbuat baik agar bergembiralah dan sesiapa yang berbuat maksiat agar dapat menahan dirinya.
5. Beramal di bulan Ramdhan dapat menutup dosa-dosa kecil berbanding selain bulan Ramadhan berikutnya.
6. Menjadikan bulan Ramadhan dapat meminta syafaa’t.
7. Khusus bagi yang berpuasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah.

Saya mengingatkan kembali, hendaknya kita berpuasa bukan karena hikmah, tapi karena Allah s.w.t..sahaja. Apalah arti semua hikmah diatas kalau diberikan oleh Allah s.w.t tanpa keredhaanNya. Betul tak?

Di sini saya mengucapkan Selamt menjalani ibadah puasa dengan sebaik- baik ye..

'Melangkah itu mudah, namun mencari arah itu terkadang payah....

mencari jalan itu mudah,namun memahami destinasi itu yang susah.Menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu mendatangkan lelah..dalam semua ini juga..menjaga ISTIQAMAH itu paling2 payah.Mudah2an kita tergolong dlm lindungn & pnjagaanNYA..ameen..salam... menju ke madrasah Ramadhan tuk semua umat Islam'.. ♥ ♥ ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan