...:SATU HATI:...

MY FROFIL

Sabtu, 10 Oktober 2009

Islam Tidak Melarang Dalam Bercinta Yang Berlandaskan Syariat-Nya.

Islam tidak melarang dalam bercinta yang berlandaskan syariat -Nya.

CINTA… mengungkap kata sebuah perasaan, meyingkap segala rasa yang terpendam, mengemis secebis rasa kasih, dan menterjemah erti rasa hati..itulah cinta. Namun, hanya dengan lafaz yang diucapkan “aku cinta padamu”.. sejauh manakah kita memahami apa itu erti rasa cinta dan wujudkah definisi cinta menurut perspektif Islam..???

Perasaan dan kesedaran yang timbul di hati antara dua insan yang sama-sama terpikat.. Ringkas dan padat,namun itulah cinta yang didefinasikan oleh ‘Abdullah Nasih Ulwan’ namun ada juga lahirnya perasaan cinta terhadap seseorang atas perwatakannya,perspektif dalam setiap gerak-geri langkahnya,pandang pertama,cinta pertama,dan sebagainya walaupun orang tersebut tidak mengetahuinya . Cinta adalah sebahagian dari fitrah yang di anugerahkan dari Ilahi untuk setiap makhluk Nye di muka bumi ini. Dengan ini dapat melahirkan perasaan kasih dan sayang diantara satu sama lain yang di katakan ikatan sirrtulrahim. Inilah anugerah dari Ilahi yang amat istimewa dan jangan lah dipersia-siakan begitu sahaja..Cinta haruslah dibimbing mengikut landasan yang telah ditetapkan syariat agar tidak terpesong daripada jasad dan matlamat yang sebenar.

Kata pujangga memberitahu bahawa cinta itu letaknya di hati. Meskipun tersembunyi nun jauh di dalamnya,namun getaran yang dirasa amat tampak sekali. Sebagaimana ia mampu mempengaruhi pemikiran seseorang,cinta jugak mampu menguasai anggota badan sekaligus menjadi pengarah kepada semua tindakan si pencipta. Sungguh , cinta sememangnya dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening,derita menjadi nikmat,dan kemarahan menjadi rahmat. Ingatlah sekalian bahawasanya cintalah yang mampu melunakkan besi,cintalah yang mampu menghancurkan batu karang,dan cintalah juga yang mampu membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya.Inilah dahsyatnya cinta…(Jalaluddin Rumi).

Mengikut konteks percintaan dalam islam, cinta sama sekali tidak pernah ditegah dan dilarang. Bukankah Islam itu bersifat syumul dan rabbani? Maka sesungguhnya,Islam tidak pernah melarang atau mengekang umat manusia dari punya rasa cinta.Cuma, beberapa perkara haruslah dititikberatkan dan dipatuhi agar rasa manis yang timbul itu tidak membawa parah dan bahaya. Tanpa panduan yang membolehkannya berjalan di atas rel yang betul demi menjaga martabat dan kehormatan, rasa manis itu mampu bertukar menjadi pahit yang penuh dengan dosa dan noda. Rasa manis yang bersifat sementara itu sama sekali tidak akan membawa bahagia kepada kita walau sedikit pun.Malah ini akan membawa kita terjerumus ke dalam lembah api neraka. Justeru,andai ditakdirkan kita jatuh cinta, maka berwaspadalah pada manis pahitnya, setiap tingkah laku yang kita aturkan sertailah dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t .Ingatlah bahawasanya percintaan itu sama sekali tidak ubah seperti meminum air laut, semakin diminum semakin haus.Begitulah hakikat cinta.

Bercinta itu diharuskan dan tidak pernah salah sama sekali dilarang. Namun ,haruslah diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah dan semestinya dengan satu kasad dan matlamat yang satu, untuk mengikat ikatan suci ini menuju kejinjang pelamin. Inilah cinta sejati ,cinta yang ingin direalisasikan dengan akad nikah, cinta yang ingin dilafazkan berlapiskan dengan nama Allah s.w.t ,dan cinta yang di persembahkan sesuai mengikut garis panduan Islam ,Ini bersesuaian dengan hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas’ud’ yang berbunyi ;
“Wahai generasi muda,barang siapa antara kalian telah mampu serta berkeinginan untuk bernikah , hendaklah dia bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa antara kalian yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (al-bukhari ,muslim,ibnu majah ,al-tirmidhi).

Begitulah cinta yang sebetulnya yang diajar oleh Rasulullah s.a.w .Cinta yang bermatlamat dan berwawasan. Bukannya cinta suka-suka atau cinta pura-pura yang tiada arah haluannya, sekadar mengisi masa yang terbuang dan memuaskan nafsu yang bermaharajalela. Ingatlah sesungguhnya Islam melarang keras umat manusia daripada berkhaluwat dan saling bercumbu-cumbuan, tidak menjaga pandangan , saling bermesra-mesraan dengan bersentuh-sentuhan, berpeluk-pelukan, dan duduk berdua-duaan tidak kira dalam apa bentuk cara sekalipun. Hal ini jelas tertera dalam hadis junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi:” Janganlah seorang laki-laki dan wanita berkhalawat (berduaan di temat sepi) ,sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang dari kalian berkhalawat dengan wanita , kecuali disertai dengan mahramnya”.(al-bkhari,muslim).Selain itu dalam hadis Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu”.(al-tabrani).

Begitulah nasihat dan amaran yang telah disampaikan oleh penghulu segala nabi agar umatnya sentiasa menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah hina. Sesungguh nya janji-janji Allah s.w.t itu sentiasa benar dan seharusnya kita sebagai umat yang menyunjung setia amalan dan sunah Rasul –Nya hendaklah mengambil segala tips-tips yang diberikan sebagai iktibar dan pedoman agar kita tidak dihancurkan oleh emosi cinta kita sendiri. Jadi ,andai kata kita telah mula jatuh cinta ,seharusnya kita terus memasang niat yang betul. Sentiasa mempengaruhi dan memperbetulkan niat, itulah yang sewajarnya. Ini kerana kedudukan niat itu sebenarnya sentiasa goyah dan tidak utuh dari masa ke masa . Bila-bila masa sahaja niat tersebut mampu roboh dengan panahan dan bisikan syaitan. Jadi, sewajarnya kita sentiasa mengambil berat tentang perkara sebegini kerana niatlah yang menentukan sama ada terterima atau tertolaknya sesuatu amalan .Dan niat jugalah yang akan menilai setiap amalan dan tingkah laku kita. Sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh amirulmukminin Sayidina Umar bin al-Khattab yang berbunyi:”Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat,dan setiap apa amalan yang dilakukan itu dinilai pada apa yang diniatkannya,dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan segala isinya atau kerana perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya.”

Justeru, adalah amat penting untuk kita. Malah, sejajar dengan apa yang diniatkan, kita jugak haruslah memperbaiki dan sentisa berusaha untuk menjadi orang-orang yang soleh dan solehah, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi . Insya’Allah dengan niat yang ikhlas dan sahsiah peribadi yang terpuji, cinta yang berputik itu akan terjalin dengan selamat dan sampai kepada maksudnya. Dengan diiringi doa dan restu yang berpanjangan, insy’Allah kebahagiaan dan kesejahteraan akan sentiasa mengiringi ikatan yang suci itu.

Sahabat-sahabat sekalian, seharusnya kita sebagai umat Islam sentiasa mempercayai dan menyakini bahawasanya jodoh pertemuan itu merupakan hak milik Allah s.w.t. Hal ini tidak lain dan tidak bukan merupakan qodok dan qadar Allah s.w.t. yang mutlak yang telah ditulis di lohmahfuz.Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merencana segala sesuatu, namun merealisasikan hanyalah satu,Allah s.w.t. Hanya Dialah yang mampu menetapkan dan menyempurnakan segala apa yang dikehendakinya menurut aturan kejadiannya.Tiada siapa yang dapat menghalang dan tiada siapa yang dapat menyekat-Nya, Dialah Allah s.w.t yang berkuasa, walau kita tidak menyetujuinya, walau kita tidak menyukainya, walau kita tidak mengharapkan sedemikian rupa, namun reda dan pasrah, itulah yang terbaik .Percayalah setiap apa yang ditakdirkan Allah s.w.t terhadap diri kita pasti ada hikmahnya.Sebagaimana firman –Nya dalam surah Al-Baqarah : 216 yang bermaksud : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .”

Adanya perasaan cinta itu adalah normal dan tiadanya perasaan cinta di dalam dirinya itulah yang tidak normal.

Begitulah, kita sebagai hamba yang daif lagi hina haruslah menerima hakikat setiap kejadian dengan hati yang tebuka .Tidak ada yang terbaik selain dari yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan percayalah , Allah s.w.t sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya mengikut apa yang hamba-Nya persembahkan. Kita sememangnya tidak dapat lari dari takdir Allah s.w.t. Dialah yang mencipta kita dan hanya Dialah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Setiap percaturan hidup kita telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. dan hanya doa dan usaha yang benar-benar tulus ikhlas ynag dapat merubah takdir yang telah tertulis mengikut kehendak Allah s.w.t. Jadi, dalam penentuan jodoh ini, kita hanya mampu berdoa di samping berusaha mencari dan mendapatkan jodoh yang terbaik buat kita yang beretika menurut etika Islam. Dan kesudahannya, Allahlah yang akan menentukan siapakah gerangan insan yang akan bertakhta di hati kita dan menjadi teman penyeri hidup kita. Begitulah tafsiran nya menurut apa yang tertulis dalam al-quran:”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita –wanita yang baik(pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduh oleh mereka (yang menuduh itu).Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).(Al-Nur;26).

Prof.Madya Dr.Mat Saat Baki ,seorang pakar psikologi pernah menulis; cinta itu berkembang. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari masa ke masa. Lebih lama kita memahami,mengenali seseorang itu ,akan lebih dalam perasaan cinta. Namun menurut beberapa kajian dan perkongsiaan pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan…”
Begitu hakikat cinta yang ditafsirkan oleh seorang pakar psikologi.Mengenali seseorang dengan lebih mendalam membuatkan cinta itu berputik sedikit demi sedikit. Mulanya hanya sekadar sebuah perkenalan bercambah menjadi rakan, daripada seorang rakan biasa darjatnya bertambah sebagai teman bicara,dan demi kesetiaan sepasang telinga yang sudi menjadi pendengar yang setia,timbulnya belas ihsan yang memberi ruang kepada perasaan untuk melangkah setapak lagi dalam persahabatan,dan kini,apabila kasih mula berputik dengan benih-benih kebahagiaan yang mula bercambah mmenjadi warna –warna yang indah,maka lahirlah sepasang api yang kian hari kian menguntum serinya lantas menjadi kuntuman yang segar mewanggi. Lantaran itu lahirlah suatu istilah yang mungkinkan dua keadaan. Gembira atau sengsara,baik atau buruk,dan bahagia atau kecewa.Dan itulah cinta. Sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan melainkan merasa sendiri kedudukannya.Hanya mereka yang normal sahaja yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. untuk merasa apa itu cinta.

Sesungguhnya, mereka yang jatuh cinta itu semestinya normal dan mereka yang tiada cinta dalam dirinya itulah yang tidak normal. Kerana cinta mereka sanggup berusaha, kerana cinta mereka sanggup berubah, kerana cinta mereka sanggup berkorban dan kerana cintalah mereka berjanji sehidup semati. Gara-gara cinta semuanya menjadi nyata,segala impian mampu dikabulkan,segala harapan mampu menjadi kenyataan, segala mimpi mampu dijelmai,dan semua yang mustahil mampu direalisasi hanyalah semata-mata kerana cinta. Ramai di kalangan mereka yang berubah pegangan hidupnya,ada yang berubah prinsip hidupnya,ada yang lebih maju kehidupannya ,dan ada yang lebih matang kelakuan dan tingkah lakunya. Maka,dengan ini tidak dapat diragukan lagi tentang kuasanya cinta yang benar-benar dapat menguasai respondennya. Maka,bergembira dan bersyukurlah insan-insan yang telah dianugrahkan cinta dalam diri mereka dan alangkah beruntungnya andaikata mereka mampu menterjemah rasa cinta itu dengan tepat dan menurut syariah. Jadilah seperti Imam al-Nawawi dalam kata-kata beliau yang berbunyi; Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,jika kau hilangkan agama dalam dirimu,hilanglah cintaku padamu..”

Pun begitu, berwaspadalah wahai sahabat. Berhati-hatilah kamu dengan cinta. Cinta itu bukan nya selalu indah,cinta itu bukanya megah,dan cinta itu juga bukannya selalu ghairah. Kadangkala, cinta itu mampu mengalirkan darah merah,mampu membawa padah , mampu membuatnya parah, mampu menghilangkan tuju dan arah,dan mampu menjatuhkan sebuah maruah. Lantas, kita yang kerdil ini hanya mampu pasrah dan berserah. Tiada lagi kata-kata indah,tiada lagi pujangga dan madah.Yang tinggal hanyalah madah berhelah yang yang membelah luka pedih.Ingatlah,cinta itu mampu merubah segala-galanya.Cinta itu mampu merubah orang kaya menjadi papa kedana,orang gemuk menjadi kurus,orang sibuk menjadi lapang ,orang normal menjadi gila,dan raja menjadi rakyat biasa.



“CINTA KEPADA SESUATU BOLEH MENJADIKAN NYA TIDAK MENGENAL ASAL USUL"


Begitulah agaknya keadaan cinta apabila disambut oleh cinta palsu, cinta sesaat,cinta mainan.Pedulikan istilah-istilah itu kerana cinta-cinta seperti itulah yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah. Malah, cinta sebeginilah yang lebih cenderung kepada maksiat. Inilah cinta yang dimurkai dan tidak diredhai oleh Alah s.w.t. Cinta palsu yang berasaskan nafsu semata-mata,cintakan perhiasan dunia dan segala isi nya,cintakan harta dan segala kemewahanya,cintakan wanita dan segala kecantikan.Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu ,makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah yang paling berbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang,seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar beberapa keturunan. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam kitab-Nya “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”(al-isra;32).

Sahabat-sahabat sekalian, sedarkah kita bahawasanya pada hari ini ramai yang mengaku mencintai Allah s.w.t, malah mereka sering mengatakan yang mereka cinta akan rasullullah s.w.t, namun alangkah malang nya nasib mereka. Nampaknya,kata-kata madah yang mereka tuturkan tidak ubah seperti memakan diri sendiri. Bagai seorang arjuna yang mengembara di padang pasir yang tandus, menyeberangi lautan yang luas berombak lagi bertiup kencang, dan mendaki puncak gunung yang tinggi lagi berapi demi mendapatkan sekeping hati namun tanpa diduga ada buruan buas yang menunggu diperjalanan, ada taufan dahsyat yang menunggu dan memusnahkan,dan lava yang sedang menunggu untuk dimuntahkan. Itulah realitinya. Mereka berkata tetapi berbohong, mereka bersuara tapi berdusta sebenarnya, mereka berjanji tetapi tidak pernah dikotakan. Begitulah mereka. Mengaku mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya tetapi tidak pernah mempamerkan bukti cintanya itu. Di waktu Tuhan ingin menguji akan ketulusan cintanya, dengan menarik segala yang dicintai dan disayanginya, mereka sering tak biasa menerimanya. Mereka sering menangis dan merintih, sedih dan pilu, sayu lagi menyayat hati. Mereka tidak sanggup menerima segala ini. Mereka sering berbohong dan berbohong lagi. Merekalah pembohong, merekalah penipu,dan merekalah pendusta agama. Mereka tidak mampu untuk menunjukan bukti sedangkan itulah yang Allah inginkan. Bukti yang kukuh lagi utuh. Namun tiada seorang pun yang mampu berdaya membuktikannya. Lihatlah, mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengejar cinta manusia,tetapi mereka tidak pernah bersungguh-sungguh terhadap cinta kepada Allah s.w.t. Mereka tidak sedar bahawasanya cinta selain Allah yang melebihi cinta Allah itu hanya akan membinasakan diri sendiri dan itu menjadi salah satu sebab terhijabnya doa seseorang itu. Alangkah malangnya nasib mereka, mereka benar-benar tidak pernah serius dengan cintanya. Mereka sentiasa bermain dengan kata-katanya.

Mereka lupa bahawa cinta yang mereka permainkan itulah cinta yang sebenar,cinta yang sejati,cinta yang murni,cinta yang suci,yang abadi,yang hakiki,yang tiada pengganti,yang agung,terlalu agung dan maha agung,Itulah cinta yang paling tinggi martabatnya.Cintakan Sang Pencipta,yang Maha Mencipta Segala Sesuatu, di bumi dan di langit, di alam maya,di dunia mahupun di akhirat. Itulah cinta yang tiada penghujungnya,yang tiada berkesudahan,dan tiada akhirnya.Itulah cinta Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan